Khas untuk Suamiku



Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Bingkisan utk dia..

lama tidak menulis dan menjengah ke blog ini. Beberapa hari lalu saya mendapat kiriman email dari seseorang yang tidak dikenali yang meminta saya melayangkan bingkisannya,katanya semoga si dia membaca...

Assalamualaikum,
Hari ini baru saya berjumpa setelah sekian lama mencari,pencarian saya bermula apabila saya mendapat tahu awak mencari saya. Dan saya terus mencari siapa awak walaupun saya tidak tahu apa nama awak dan alamat awak,setakat manalah kudrat saya tanpa pengetahuan apapun tentang awak...yang saya tahu awak adalah bekas isteri kepada lelaki yang pernah ada dalam hati saya...

Terlebih dahulu maaf dari saya atas apa yang pernah berlaku antara kita,saya faham penderitaan yang awak lalui selama ini,susah payah awak dan kenapa awak mencari saya..tanpa bersua muka kita mempunyai satu hubungan yang sangat rumit kerana lelaki..

Tidak pernah terlintas untuk mencuri kebahagiaan awak bersama dia,kerana saya sendiri tidak pernah bahagia bersama dia! bukan menipu atau meraih simpati tapi itulah kenyataannya. Hidup saya umpama air di tempayan saja,bila dicurah keluar saya akan bebas,tapi dia menggunakan saya untuk mencuci tapak kakinya dan masukkan kembali ke tempayan..itulah diibaratkan..

Pada awal perkenalan saya melihat dia sebagai seorang lelaki biasa yang memerlukan wanita,tidak terlintas untuk bercinta. Tapi luahan demi luahan kerna dikecewakan wanita membuatkan saya kesian padanya. Dan dia menghubungi saya saban waktu,mahu mengambil saya dari kerja setiap hari. Dan setiap kali berjumpa lagaknya seperti seorang yang sangat mengambil berat tentang saya,dan melayan saya bagai seorang bayi. Sehinggalah dia menyatakan mencintai saya,saya menolak mentah2..dan bermulalah episod menagih cinta..malam saya tidak lena kerana diganggu dengan pujuk rayu dan tangisannya,membuatkan saya serba salah...Saya katakan padanya saya sudah berpunya dan dia memujuk saya dengan pelbagai pujukan yang boleh meruntun hati..
Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menerima dia,tapi saya tidak pernah katakan saya sayang dia. Sumpah! Tidak pernah saya lafazkan kerana saya sangat ragu-ragu dengan keputusan saya..

Bermulalah juga episod saya di neraka dunia bersama dia. Kehadiran dia merubah segalanya. Dari segala segi saya diintip dan langkah saya dicurigai,saya tidak dibenarkan bekerja kerana katanya saya akan curang. Sedangkan kedatangannya ke rumah saya tidak lain cumalah untuk meminta wang. Selagi pintu rumah tidak dibuka selagi itulah dia membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain,yang membuat saya terpaksa membuka pintu,dan apabila dia masuk ke rumah saya dia cuma mencari duit. Saya pernah curi-curi keluar mencari kerja tanpa pengetahuan dia,dan bila saya pulang saya terkejut dia sedang berdiri dengan muka bengis,dan akhirnya saya dibelasah..Saya dikatakan perempuan sundal,perempuan jalang dan bermacam lagi gelaran yang sangat menyiksakan. Luka di luar dapatlah sembuh,tapi luka di hati sangat pedih...Saya katakan padanya saya pergi mencari kerja,dan dia menyiasat sehingga ke akar umbi ke mana saya telah pergi samada betul atau tidak saya pergi ke sana.

Saya terpaksa membuat kerja sambilan untuk menyara hidup saya,saya tak sanggup dibelasah dan dihina oleh dia yang bukan suami saya dan tidak pernah menyokong hidup saya. Tapi nasib tidak menyebelahi saya,suatu hari sewaktu pulang dari makan bersama housemate dia datang ke rumah,seperti biasa selepas membuat kacau dan menekan loceng beberapa kali saya membukanya,die meluru masuk dan seperti biasa akan memeriksa dompet dan handphone saya,pada waktu itu saya baru menerima mesej dari pakcik saya. Tapi disangkanya kekasih saya sedangkan mesej itu cuma bertanya khabar,saya dipukul dan dicaci,tak cukup dengan itu handphone saya juga dihancurkan,saya lansung tidak menjawab dan tidak menangis,dia terusan memaki hamun saya dengan perkataan yang sangat teruk,memukul dan mencubit leher saya dengan harapan saya malu untuk keluar rumah kerna cubitan itu akan lebam dan seakan 'lovebite'. Dia menjadi semakin berang kerana saya lansung tidak membantah dan bersuara,katanya kami putus,dan dia keluar dalam hujan lebat..

Selepas kejadian itu saya tukar nombor hp,dan dia tidak boleh hubungi saya,dan memang tekaan saya tepat,dia akan berusaha menghubungi saya kembali kerana pendapatanya adalah saya,saya punca poketnya,bagaimana dia harus tinggalkan saya..Selepas saya on nombor lama saya menerima banyak msg dari dia,penyesalan dan pujukan,kasih sayang dan cinta..dan semuanya tidak mencairkan hati saya..Dia datang ke rumah,dan saya tidak dapat mengelak kerana pintu yang sedia terbuka,dia masuk dan membelai kepala saya seperti dulu,menunjukkan penyesalannya yang lansung tidak boleh menipu saya. Tapi bukan penyesalan,sebaliknya ia hanyalah bodek mendapatkan duit...

Begitulah seterusnya sehinggalah suatu malam sedang kami berbual dia terlepas cakap,kerana excited bercerita tentang sesuatu,die terlupa die menceritakan sesuatu yang dirahsiakannya sekian lama. Katanya sewaktu die dalam penjara,dia dan isterinya begini dan begini..isterinya buat begini dan begini...dan dia nak bercerai..dan begini dan begitu...dan waktu itu saya tergamam..saya tanya pada dia 'awak dah kawen?' dan tanpa sempat dia menjawab saya mahu melarikan diri,tapi dia lagi tangkas die memegang tangan saya dan memberi penjelasan yang saya tak ingin dengar..dan katanya dia sudah bercerai..saya katakan pada dia 'saya tak kisah awak siapa,masa silam awak,dan siapa awak dimsa lepas,tapi saya tak mahu dan tak suka ada hubungan dengan suami orang' dan dia memujuk saya dan merajuk,dan saya tidak pula memujuk...

Selepas itu saya pindah rumah tanpa memberitahu dia,tapi dapat juga dihidu,dia datang ke rumah saya yang baru..pergerakan saya diintip,kerana tidak tahan saya mula bersuara,meluahkan segala yang terpendam dan nekad tidak mahukan dia,pada mulanya dia mengugut saya,tapi akhirnya dia akur apabila saya katakan saya dah jumpa seseorang dan akan berkahwin...

Tidak lama kemudian ex-housemate saya menelefon saya memberitahu awak mencari saya. Katanya pada waktu itu awak mengandung dan merayu untuk berjumpa saya. Saya cuba mencari awak tapi saya tak tahu bagaimana...

Awak,maafkan saya. Saya tahu kesilapan saya. Salah saya,tapi demi Allah tidak pernah terniat untuk saya menganggu rumahtangga wanita lain,kalaulah saya tahu dia suami awak sudah tentu saya menjauhinya dari awal. Dan untuk pengetahuan awak kali terakhir saya jumpa dia bulan 2 2010 katanya awak akan bercerai untuk kesekian kalinya...

Terima kasih kerana sudi membaca bicara ini,semoga awak bahagia dengan kehidupan awak sekarang..Itu doa saya..
Assalamualaikum..

Lirik Lagu ~~~Opick~~~

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




Bila Waktu Tlah Berakhir

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagai manakah bila semua
hilang dan mati meninggla kan diri mu
bagimanakah bila saat nya
waktu terhenti takkau sadari
masikah ada jalan bagi mu untuk kembali
mengulang ke masa lalu
dunia....dipunuhi dengan hiasan
semua..dan sgala yang ada
akan kembali pada nya
bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tianggalah sepi...




Ketika Cinta Memanggil

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Tolonglah...Doakanlah ayah saya...

Berat rasanya jemari ini untuk menaip,tapi berat lagi apa yang ada dalam kepala saya pada waktu ini. Ingatan saya cuma pada ayah kesayangan saya,yang membesarkan saya dari kecil hingga saya bergelar isteri orang.
Hari Khamis lepas saya mendapat panggilan dari abang mengatakan ayah sakit tenat. Berderai air mata,manja sungguh,tapi saya menangis bukan kerana ayah sakit,tapi kerana pengorbanannya sehingga dia jatuh sakit. Menyara anak seramai 13 orang dengan hanya tulang empat keratnya,bermandi peluh keringat saban hari dari subuh hingga ke petang,kekadang sampai ke malam. Mengait daun nyior yang tingginya menyakitkan tengkuk,tapi dapat disudahinya paling kurang 1000 helai sehari! Hanya dia seorang,tiada siapa yang menolong. Dan kini pada usianya 66 tahun,masih bekerja keras. Bertanya saya pada diri sendiri,tidak bernilaikah saya sebagai anak masih tidak dapat memberi kesenangan kepada ayah tercinta yang hidup susah sejak dari dulu lagi? dan setelah dewasa dan mendapat ijazah masih belum mampu saya mengubah nasib keuarga dan menyara orang tua saya. Dulu bila peluang pekerjaan datang, saya menolak mentah-mentah,kononnya mahu berkahwin dan takut tidak dapat menukar tempat kerja,memandangkan suami di kedah dan saya di terengganu. Bukan sekali tawaran kerja kerajaan yang saya dapat. Dan kini.....satu tawaran pun tiada...Saya cuma dapat menjadi kerani di kedai suami saya yang juga perkongsiannya bersama kawan-kawannya. Dan berapa sangatlah yang saya dapat...
Saya menangis dan menangis di dalam pejabat,mengambil hp dan menghantar mesej kepada suami saya 'sayang,ayah sakit.', Suami saya kemdian masuk ke dalam ofis dan menenangkan saya,katanya 'jom kita balik' Kami bertolak sejam kemudian....
Mungkin gerak hatinya mengatakan saya akan pulang,dia menelefon saya sewaktu saya dalam perjalanan pulang
ayah:wa kat mana?
saya:tengok tv kat umah.np ayah?
ayah: xde apa..ayah br pas ngait ni,siap dah,nak balik dah ni...
pandai ayah menipu. Dia risau saya balik kerana dia,padahal saya baru meelefon mak,kata mak ayah tidur sejak pagi,badan panas dan bengkak2...
Saya menangis di dalam hati,terdiam dan termenung sepanjang perjalanan. Teringat dulu sewaktu saya sakit dan terpaksa di bedah di Hospital Ampang,ayah dan mak menaiki bas ke Melaka kemudian menumpang kakak saya terus ke hospital ampang,walaupun dia tidak sihat tapi sanggup turun kerana saya.
Sewaktu kecil dulu dialah saja yang memahami perasaan saya,tempat meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dan pendapat.. Hanya dengan dia sajalah membuatkan saya sangat selesa bercerita apa saja...Dan mengingatkan segalanya menyedarkan saya betapa dia sayangkan saya..
Sampai di rumah dia berlagak sihat,mak terkejut,kata mak dia tak bangun dari pagi lagi,tiba-tiba bila saya sampai dia bangun terjengket-jengket. Mungkin terkejut dengan kepulangan saya dan suami,ayah buat-buat sihat dan tersenyum lebar,sedangkan saya tahu dia sedang menahan satu kesakitan.
Malam esoknya saya terserempak ayah sedang memegang dada sampai mengaduh,saya memujuknya ke hospital tapi dia enggan,katanya dia tak sakit. Mak memberitahu saya dia terdengar ayah mengaduh sewaktu di dalam toilet,tetapi bila keluar dia berlagak biasa tapi tangan masih di dada. Ayah tidur di ruang tamu,saya mendekati dan mendapati badan ayah panas,kaki membengkak,perut kembung,saya mengambil minyak dan mengurut serba sedikit yang saya tahu. Baru dia mengaku dia sakit dada....
Malam tu kami tak dapat tidur,suami pula demam panas,dan saya mengalami sakit dada dan sukar bernafas....Kerana tidak tahan saya bangun mencari minyak panas dan mendapati ayah sedang mengerang kesakitan sambil berselimut...
Hibanya hati ini,Ya Allah ringankanlah beban ayahku,berilah kesihatan kepadanya,telah berkurun dia hambakan badannya untuk panas terik demi mencari sesuap rezeki yang halal,berabad dia bertahan bermandi keringat demi anak-anak dan isteri...Janganlah sakiti dia Ya Allah,aku rayu...Berilah dia ketenangan di usianya ini,lanjutkanlah usianya,dan berilah aku peluang membalas jasanya dulu..Aku masih belum mampu untuk memberikannya mahigai Ya Allah...
Ya Allah...Ampukanlah dosa ayahku,ringankanlah kesakitannya Ya Allah...Bagaimana harus aku katakan lagi Ya Allah,aku hidup selesa hari ini kerana ehsannya menjagaku dan memeliharaku Ya Allah,berilah ehsanMu padanya,kasihanilah dia Ya Allah...
Ya Allah..........

Pada waktu ini saya rasa inilah dugaan yang paling berat untuk saya,meihat kesayangan saya menderita sakit...Saya sangat-sangat tak berdaya...
Di kiri suami,di kanan bapa,hari sabtu terpaksa saya pulang ke kedah...bagaimana...kenapa....susah sangat...Saya tahu suami pun tak sampai hati untuk tinggalkan ayah,tapi kami sangat-sangat tertekan dengan manusia di luar sana yang mementingkan diri sendiri..Inilah pilihan kami tanpa rela,dan ya,saya menyumpah kepada mereka yang membuat suami terpaksa mengambil keputusan untuk balik!

Kepada saudara dan saudari yang terbaca entri ini,tolonglah saya...saya merayu...tolonglah doakan kesihatan ayah saya...Saya merayu....

Saidatina Aishah r.a





Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.
Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.
Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.
Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”

Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:

‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:

‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:

‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’

‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:

‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”

Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.

Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda seterusnya membacakan ayat :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)

Jawab Aisyah:

‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.

Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’

‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.

Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.

Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,’

‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang yang beriman….’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga…’ Inilah kata-kata terakhir baginda yang didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.

Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.

Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.

Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.’

Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; ‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira’,’Al-Humaira, atau ‘si merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.

Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’

Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.

Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.

Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.

Luahan...


Rindunya pada ayah dan ibu..Tak sabar nak balik. Bila dengar suara ayah rasa macam nak gi cium je ayah,dengar suara ibu rasa macam nak gi peluk2 dan cium2 dia...Rasanya macam dah lama tak jumpa...
Sunyinya hidup,kata orang sunyi itu indah..memang indah,tapi jika begini berterusan saya akan jadi bisu.huhu...siang hari kami bekerja,sebaik pulang kerja tanpa mandi dan menukar pakaian suamiku bergegas ke kampung sera buat wiring surau,yang mesti disiapkan secepat mungkin. Tinggallah saya buat sementara waktu..Dan apabila pulangnya dia gembiranya rasa hati ini seperti setahun tak berjumpa...

Semalam dia termenung,katanya 'sayang,dah macam2 kita tempuh,sejak mula kahwin sehingga hari ini,tak habis-habis dengan ragam manusia,yang dengki,yang benci,yang khianat...and bla bla bla',saya mendengar dengan penuh khusyuk luahan hati seorang lelaki yang hatinya sangat lembut ini. Dan saya menyambung 'dahlah sayang,xpayah fikir lagi,kalau kita fikirkan sikap manusia seribu tahun pun xkan habis,macam2 yang mereka bercakap selagi ada lidah,baiknya kita jadi buruk,buruknya kita lagilah depa bercakap,depa pun bukan baik sayang,kita buat tak tahu je,semakin kita fikir semakin kita pening dan serabut',sebelum habis ayat saya, ciuman singgah dipipi saya,dia tersenyum 'ceewahhh isteri abe,pandainya..macam kenal je ayat tu...hehehehe'....hahaha kami ketawa pecah berderai...Dalam hati terfikir luahan dia tadi dan saya juga tahu di dalam hatinya juga sama...

Segala yang kami tempuhi telah mematangkan diri dan fikiran kami. Segala suka duka kami adalah cerita hidup kami yang sangat mahal harganya. Saya sudah melalui segalanya apa yang dikatakan kehidupan,saya rasa saya sudah merasai segalanya,dan saya nilaikan hidup ini cuma perangkap,silap masuk akan sesat,dan jika sentiasa lurus dan berhati-hati tinggilah ganjarannya.
Lumrah kehidupan,siapa pun kita,kita tidak akan terlepas dari umpatan orang,kerana ke mana-mana kita pergi kita akan bercakap dan berjumpa dengan manusia. Ada yang suka,ada yang tidak. Ada yang suka mengambil berat tentang kita sehingga ke dalam kain,dan ada juga yang lansung tidak pedulikan kita. Ada yang pandai bermuka-muka dan ada yang tidak hipokrit. Macam-macam....ini semua kerana manusia tidak sempurna...
Segalanya telah menjadikan saya semakin kuat,kuat dalam menghadapi segala yang lepas,yang sedang,dan juga kemungkinan berlaku..Saya tidak lagi takut dan menangis. Walau adakala hati ini sedikit tercalar dan terguris,saya halalkan semuanya..
Hari ini setelah saya berserah diri pada Tuhan saya sedar betapa Tuhan sayangkan saya dan sentiasa memberi peluang untuk saya memperbaiki diri saya,bertuah sungguh saya,sayangnya Dia pada saya kerana tidak pernah sesuatu yang berlaku pada saya tiada hikmah di sebaliknya..
Pedulikan siapa yang membenci,asalkan saya tahu siapa yang sayang saya,iaitu SUAMI,AYAH SAYA,DAN BONDA SAYA. Itu saya pasti!


Tak merajuk lagi...


Sayang,
Isterimu sudah pulang
Sedang berada di hadapan pintu
Yang terbuka luas menampakkan isinya

Sayang,
Lebarnya tangan kau hulurkan
Untuk memelukku
Manisnya senyuman yang kau berikan
Untuk menyambutku
Dan di situ terdengar
'Selamat pulang sayang'

Berlari aku dalam pelukanmu
Kemasnya dakapanmu menenangku
Bertalu-talu ciuman yang ku dapat
di pipi,di dahi,di hidung, dan di bibir...

Maafkan aku sayang,
Kerana telah pergi dari melihat kasihmu
Rajuk telah membuatku lupa
Kau telah banyak berkorban
dan mencintaiku..

Maafkan aku sayang,
Kerana telah pergi menepis tanganmu
di saat engkau cuba membelai aku
Rajuk telah mengeraskan hati
dan membutakan mata dari kasihmu...

Maafkan aku sayang,
Kerana rajukku telah membuatmu menangis
Namun,
Setianya engkau menantiku kembali
Tabahnya hatimu menungguku berpaling padamu
Jujurnya niatmu ingin aku bersamamu...

Aku berjanji sayang,
Takkan aku merajuk lagi
Kerana aku cinta padamu..

Kapal Kertas


Hrmm,bila kita mendiamkan badan,merehatkan tangan,menghayun kaki perlahan-perlahan,melepaskan belakang ke kerusi,mengunci mulut dan memejamkan mata,akan terbayanglah satu demi satu hal yang pernah berlaku,samada mencuit hati atau menggegarkan hati kan...hehehe
Teringat saya suatu ketika di dalam kereta,saya membuat kapal menggunakan kertas dan memberi kepada suami saya. Saya buat lagi dan letak di hadapan meter, saya buat lagi dan lagi dan meletakkan di atas ribanya. Katanya, sejak dulu lagi dia perhatikan hobi saya yang pelik ini. Dia mengingatkan saya pada tempoh hari sewaktu di kampung,kami pergi berdating ke Pantai Bukit Keluang,bila berduaan ada je mata memandang,mungkin pada mereka meluat dengan kami,mungkin pada mereka kami pasangan kekasih,sorry ye kami dah kawen! Ha...
sebelum ke pantai kami shopping dulu di jerteh,jadi banyaklah resit yang kami dapat. Saya bawa semua resit tu ke pantai,dan saya buat kapal kertas dengan banyaknya dan menyusun satu persatu. Suami saya berkata dan berimaginasi andainya suatu hari nanti saya lari dari dia,dia datang mencari saya di merata tempat,dan dia terjumpa banyak kapal kertas maka tahulah dia saya berada di kawasan itu..hahaha,hebat sungguh imaginasi dia..
Saya tersenyum, dan berkata pada dia 'nanti kita test ye..'hehehehe

Dialah Segalanya


Hari ini saya kembali ke pejabat setelah bercuti selama 8 hari. 4 hari di kampung,1 hari di CH, dan 3 hari habiskan masa di rumah kerana saya jatuh sakit secara tiba-tiba. Dan sekarang Alhamdulillah rasa lega sedikit,tapi jika saya habiskan masa dengan berehat saya akan boring...
Ingat lagi apabila saya tiba-tiba sakit sebaik saja tiba dirumah dari CH. Tak tahu puncanya,saya hampir menangis menahan kesakitan,tapi saya kuatkan diri. Tapi jam 3 pagi saya terjaga,saya tidak boleh bergerak dan berdenyut seluruhnya,saya menangis sekuat hati. Saya betul-betul dah tak mampu menahan, suami yang menjaga saya semalaman dan belum sempat tidur lagi bangun memeluk dan menenangkan saya,dipakaikan saya baju dan dibawa saya pulang ke kampung. Dia sudah buntu tak tahu nak buat apa kerana saya tidak boleh disentuh lansung. Ayah juga tidak tahu berbuat apa,menurut ayah tiada unsur-unsur 'luar' dan mahu saya ke klinik. Ayah mertua saya adalah pengamal perubatan islam tradisional.
Saya pulang kembali ke rumah dan kerana tersangat letih saya tertidur. Saya terjaga dan cuba bangun tapi tidak boleh, saya meraung lagi dan menangis. Suami saya yang sangat setia menjaga saya mengangkat saya perlahan-lahan,membersihkan diri saya,memakaikan baju,dan kemudian membawa saya ke klinik. Kerana terlalu tak mampu menahan sakit,badan saya turut panas dan demam. Alhamdulillah, selepas diberi ubat tahan sakit saya boleh bertahan.
Saya bersyukur mempunyai dia. Dialah yang mengurus rumah waktu itu,menjaga makan pakai saya seikhlasnya,dengan senyuman penuh di wajah dia tetap mencium tangan dan mengucup dahi saya,walaupun ketika itu saya tidak berdaya menguruskan apa yang sepatutnya saya uruskan. Dan dengan berkat kesabaran dan doanya saya kembali sihat.

Dimana lagi saya boleh dapat suami seperti dia. Ibarat mutiara di dasar lautan,satu dalam sejuta...Dialah suami saya dunia dan akhirat...

Al-Fatihah

InnaLillahiWaInnaIlaihiRajiun.Kepada Allah aku datang dan kepada Allah aku kembali. Tanggal 8 Februaru saya dikejutkan dengan berita sedih,pak cik sebelah suami saya meninggal secara mengejut. Semacam tidak percaya kerana adanya sihat,tapi sudah ajalnya sehingga ke detik itu. Sesampainya saya di rumah arwah,anaknya yang bongsu yang berumur 4 tahun memanggil saya 'Kak Wawa,ayah takdak dah,ayah pindah...' Seperti biasa dia tersenyum malu-malu apabila melihat saya. Saya ke pintu belakang dan menangis,sebak mendengar kata-kata si kecil yang tidak mengerti apa-apa. Sewaktu arwah dibaringkan di dalam bilik dan bacaan al Quran diperdengarkan dari tetamu,si kecil tadi datang lagi 'ayah tidur...''lawalah ayah kami tidur.....'..tetamu yang ada di situ kelihatan sangat sayu,ada yang mengesat air mata,ada yang buat tak tahu dan meneruskan bacaan dengan suara serak basah. Sewaktu arwah dimandikan,si kecil tadi mengintai di sebalik kain 'tak malulah ayah mandi..hehehe',saya yang duduk di sebelah isteri arwah dan si kecil tadi cepat memalingkan muka dan mengalir lagi airmata ini..
Seharian terbayangkan wajah arwah,dialah saudara suami saya yang paing baik. Selalu mengambil berat. Apabila dia datang ke kedai saya,tidak sah kalau tidak diajaknya saya ke rumahnya,ingat lagi dia tanya 'bila nak berkelah wa?dah lama tak berkelah ni?'..tapi hajatnya tak sampai...
Sesungguhnya ajal maut sudah ditentukan Tuhan...Siapalah kita untuk menidakkan. Setiap yang hidup pasti mati. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan.
Semoga Roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman.
Al-Fatihah..

*sewaktu arwah dimandikan saya melihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam masuk. Saya harap dia sedar dia juga akan mati suatu masa nanti. Semoga dia bertaubat dari menfitnah, mengaibkan orang dan menganiaya orang.

Saya adalah Saya

Assalamualaikum,rindu pada blog saya,lama tak menaip...kat sini sajalah saya boleh menulis,ada diary jadi malas,kadang2 tertinggal,kadang2 terlalu merapu...
Saya di kampung selama seminggu,buat tahlil untuk arwah adik dan nenek,semoga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Saya sebenarnya sangat penat. Penat. Kalau saya penat,suami apatah lagi.. Tapi tak apalah,kami dah dapat ganjaran pahala dari Yang Maha Esa..
Alhamdulillah,rancangan yang dibuat akhirnya berjalan juga. Walaupun terpaksa berkorban diri untuk dikutuk di belakang,tapi saya kira saya sudah buat yang terbaik untuk menjaga hati semua orang. Pulang ke kampung bukan hari-hari,tapi ni dah 3 bulan xbalik. Jadi saya rasa tak salah saya menolak sesuatu demi sesuatu kesayangan saya.
Demi Tuhan,dalam hidup saya yang sangat indah ini tiada yang lagi indah melainkan mempunyai seorang suami yang sangat-sangat penyayang dan keluarga yang menyayangi dan selalu menyokong saya. Kerana itu saya akan mencuba sedaya upaya mencari jalan melakukan sesuatu untuk kebahagiaan mereka dalam masa seminggu saya di kampung..
Cukuplah selama ini saya terlalu berlembut sehingga ada yang mengambil kesempatan meletakkan kesalahan di bahu saya tanpa saya buat dan terlibat lansung. Atas nasihat seorang kakak sudah tiba masanya saya perlu tegas untuk kepentingan peribadi saya. Cukuplah selama ini ada yang menuduh saya yang bukan-bukan dan menyebarkan sesuatu yang tidak berasas,alang-alang di tuduh biarlah saya kembali ego.
Sudah lama saya meletakkan kepentingan saya ke tepi dan menangis apabila terdengar hebahan cerita dari orang yang boleh dikatakan rapat,jadi sekarang demi untuk menjadi wanita yang kuat saya sudah bersedia tegas dan membuat keputusan untuk diri sendiri.
Untuk apa lagi saya tunduk dan berlembut, sedangkan ada antara mereka tidak pernah menjaga perasaan saya. Saya ada kehidupan,dan jangan diganggu!
Saya bukan lupa daratan, saya sedar siapa saya sebelum ini dan di mana bumi saya pijak, tetapi ada sesuatu yang kadang-kadang sukar diluah....

InsyaAllah (Maher Zain)



(Versi Bahasa Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah ada jalannya
Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah ada jalannya
Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah ada jalannya

Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa

Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah ada jalannya
Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah ada jalannya


(English Version)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah you`ll find your way

Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Showed me the way
Showed me the way

Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah,
Insya Allah,
Insya Allah you`ll find your way

Di luah dan dipendam,akal yang mati...


Comel kan kucing kat atas termenung. Kalau saya seorang yang comel,maka seperti itulah saya bila termenung,hehehe...tapi saya tidaklah secomel itu,tapi comellah jugak sikit..(perasannyer...)
Jangan marah ye,saya gurau je.. Yang sebenarnya saya dalam satu dilema. Nak marah tak boleh, jadi saya kena senyum je lah. Menghiburkan hati sendiri sebab sorang-sorang je dalam ofis ni..
Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan kepentingan diri demi menjaga hati orang lain,seksa bukan? Kita dah buat satu perancangan yang elok,tapi Tuhan yang menentukan. Terpaksa batalkan demi memenuhi keperluan orang lain. Yelah,jika tak dipenuhi nanti kita kena kutuk pulak...Nanti orang akan cakap lupa daratan and bla bla bla..
Masalahnya,kenapa pada waktu ini juga kepentingan kami harus diganggu?owhhhhh....itulah yang membuatkan saya marah. Tapi marah macammana pun saya kena mengalah juga...So,senyum...
Bak lirik lagu tu ''senyum,jangan kata apa-apa,senyum....''

Lelaki kaki kikis

Entri saya kali ini tentang 'LELAKI YANG SUKA MENGIKIS DUIT PEREMPUAN'.Kepada lelaki di luar sana,maaf dari saya. Bukan mahu merendahkan lelaki,entri ini cuma untuk lelaki yang tidak bertanggungjawab je,saya rasa yang sedang membaca entry ini tidak begitu kan. Saya bukan mahu mengomel atau mengutuk,saya cuma mahu lampirkan sedikit kata-kata dari blog yang saya baca. Sebab zaman sekarang bukan saja wanita yang bergelar pisau cukur,tapi lelaki juga sama ye...Saya begitu tertarik dengan posts mereka,dan mahu gadis-gadis di sana lebih berhati-hati ya..
Ada seseorang minta pendapat,katanya:

Dari Aneesya
'camni aku ade sorang kwn...die baru je lpas blind date ngn kwn yg kwn die knalkan..kire dorang kenal kwn ats kwn lar..
aku pn kesian gak kt kwn aku ni...slalu sgt luah kt aku..aku juz nk dptkn pendapat korang jer lar pasal mamat??
alkisahnyer cmni...
first time dorang jumpe tu..kire ok lar..sume cam smooth jer...then mamat ni ajak member aku ni kuar lagi ngn dier keesokkannyerr..
katenyer mmber2 die adekn reunion..so kwn aku ni pun follow jer ar...lpas tu mamat ni buat la berlagak macho kot aku rse..coz die belanjer mber2 die mkn it means dat yg die nk tolong byrkn lar....alih2 tgk duit mamat ni x ckup...at last kwn aku juge yg nk kene bayarkn utk dier...dah ler die buat muke biase jer...adoii..jgn kate nk byr blik kt kwn aku tu..maaf pn tidak..
korang rse camne???
lepas satu babak..babak lain pn cam tu gak..time nk isi myak kete pun same...nk isi pn still tanye kwn aku ni nk isi berapa...?
ptutnyer die isi jelah bpe2 kn??dh ler gune kete kwn aku tu..adoyaii..kecian jugak kwn aku ni...alasan mamat tu "dh nk pegi withdraw td tp x sempat"
juz nk mintak pendapat korang lar mamat ni kedekut ke x de duit??????''


dan separuh dari komen-komen mereka ialah
''adoila...baru kenal2 da pandai pau duit pempuan..esok lusa kalo da kawen agaknyer bini kene tanggung sume...:funk:''~hunny madu

''jangan kawan la dengan lelaki mcm ni...menghabis beras je.
baru kenal bape hari dah abis mengikis duit perempuan..kalau dah kawin esk tak tau la macam mana :curse:''
dari lulz

''harus bagi penampor sedas dua laki macam tu..ni nampak sangat nak pau pompuan tu..buang karan sungguh..:L'' dari worm

''kalau laki tu kedekut tu kire lg bgs la sebab at least laki tu mmg kaye. tp kalu mmg xde duit mmg parah la jugak. konfem pas2 ni pompuan tu yg kene tanggung famili.

kalau boleh suruh la kwn awk tu berkire sikit bab duit ni. xperlu la sampai laki tu nk blanje sume tp at least biar dutch la. minyak tong2 dua org. segale bende kasik even.

nasihat kt die jgn bazir duit sgt berdating sbb skrg ni zmn ekonomi gawat. pikir masa depan. byk lg keperluan nnt nk byr, rumah, kereta, kawin, etc.
'' dari friiz

Info dari http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-513264.html untuk pembacaan lanjut.
Nasihat saya,jauhi lelaki seperti ini. Kalau masa bercinta pun kaki kikis,nanti berkahwin seksalah saudari,silap2 saudari yang jadi ketua keluarga.
PEACE!!!!

Berdosakah saya kerana masih belum bercahaya mata? Selalu saya dihuni soalan itu setiap kali ada suara sinis di telinga saya. Perlukah saya memberitahu perkara yang mereka sedia tahu bahawa nyawa seorang manusia itu milik Tuhan,bukan milik saya?

Saya pernah menulis di facebook saya tentang ini,jika ditulis sekali lagi mungkin ayat saya sama sahaja... Jadi saya copy paste sahaja...
''Tidak pernah aku menyesali tiap perjalanan kehidupanku,malah aku menghargai walaupun adakalanya aku ditimpa dugaan bertubi-tubi,segalanya telah ku pahat sebagai satu pengalaman yang sangat berguna untukku di hari hadapan dalam membaiki kelemahan diriku dan juga peransang untuk aku menjadi wanita yang lebih kuat. Tetapi sesekali hatiku mengeluh dalam diam,mengenangkan sikap manusia yang tidak pernah lelah mencari kekuranganku dan sentiasa berusaha memburukkan setiap langkahku.

Apakah salahku. Adakah salahku kerana menjadi isteri kepada lelaki yang sangat aku cintai,ataupun salahku menjadi wanita yang merantau dinegeri orang.

Insan yang sama,mencari kesalahan yang sama,saban hari,memberi soalan yang sama,xjemu memfitnah dan mengusulkan soalan yang tak masuk akal.Kenapa?

Pada awalnya dapat aku bertahan,menganggap semuanya adat resam di negeri orang. Tapi sampai bila?Sehari lagi,seminggu lagi,sebulan lagi.atau seumur hiduP???

Susahnye memuaskan hati semua orang..susahnye menjadi manusia yang terbaik dimata orang,dan susahnye bergelar isteri di mata mereka. Walhal kehidupanku bersama suami tersangat sempurna dan bahagia,tidak pernah terfikir ada cacat cela dalam perhubungan. Tidak pernah ada pengungkitan tentang taqdir yang Allah suratkan..

Rezeki di tangan Tuhan,dipertemukan aku dengannya juge adalah kehendak Tuhan,sungguh aku syukuri..Setiap detik aku ditatang bagai minyak yang penuh,tiada satu pun kehendakku yang ditidakkan oleh suamiku..betapa aku dicintai dan disayangi. Walaupun kekadang setelah hajatku dipenuhi baruku sedar ia satu pengorbanan besar suamiku...

Kenapa semua ini menimbulkan hasad di hati mereka?

Tuduhan demi tuduhan dengan niat menjatuhkan...babak demi babak yang dicipta..

Takkan aku harus memarahi Tuhan kerana aku masih tidak dikurniakan cahaya mata?kenapa mereka pula yang memarahiku?adakah nyawa seorang manusia terletak ditanganku dan aku yang meniup roh itu? Tidak tahukah mereka segala yang berlaku itu ada hikmatnye,kenapa mesti perkecilkan aku setiap kali memandang wajahku yang hina ini? Bukan aku yang pinta semua ini..Aku berlebihan lagi mengimpikan sebuah keluarga yang lengkap.walaupun bagi suamiku kehidupan kami sudah benar-benar lengkap,kenapa bagi mereka aku tidak berguna,padahal usia perkahwinan kami belum lagi cecah setahun???? Padahal yang mengata itu sendiri mengambil masa 8 tahun untuk beranak!!!!

Sungguh benar2 aku tertekan..Ada pula yang setiap kali berjumpa bertanyakan soalan yang sama,padahal baru beberapa hari berjumpa,tiada otakkah die?adakah aku boleh tahu kehamilan dalam tempoh 3 hari,sedangkan kali terakhir berjumpa die aku period.

Ada pula yang tidak percaya bila aku kata 'takde',bertanya sehingga beberapa kali dengan raut muka yang tersangat pelik dan dahi yang berkerut...kenapa?aku tak tahu kenapa reaksi itu yang aku dapat. Sedangkan Allah yang menciptakan manusia. Adakah semua pasangan bunting pelamin seperti dia?

Ya Allah,kuatkanlah hatiku...kenapa aku mesti dikelilingi oleh mereka yang seperti ini...tidak tahu mencuci tepi kain sendiri tetapi sibuk menjaga dan menghina tepi kain orang..

Apa yang harus aku lakukan selain bersabar...haruskah kami berdua pergi jauh dari sini dan hidup cuma dalam dunia cinta kami...Aku berserah padaMu Tuhan,jika baik untuk kami berdua begini ,kami redha...kerana aku tahu hayatku tidaklah lama lagi...''


Saya manusia biasa,di hati saya berlebihan lagi mahu mengandung,bersalin,menyusukan,dan membesarkan zuriat.....

Duhai hati...


Duhai hati,
senyumlah dan ketawalah
lihatlah hari esok yang cerah
lihatlah di sana mahligai indah
yang tersergam
milikmu...

Duhai hati,
datanglah penuh warna
segarlah dalam agama
kuatlah menempuh perjalanan
supaya tidak tewas di pertengahan
agar tidak rebah meredah gelombang..

Duhai hati,
berikan satu ruang
isikan dengan kesabaran
penuhkan dengan kekuatan
cantikkan dengan keimanan
agar tiada dusta merosak hati
tiada suram melayari hari
Bahagia selamanya...

komen citer HAQ cket.hehehe


Dari pagi lagi beria-ia benar dia mengajak saya ke panggung,katanya filem HAQ best. Gembiranya dia..walaupun dalam hati saya tidak teruja seperti dia,tapi apa salahnya saya mengikut. Selepas ke Bukit Mertajam membeli barangan kedai, kami ke Jusco Seberang Prai,dengan tiket berharga RM8, kami masuk ke panggung pada pukul 4.40 petang. Lucu dengan keletah dia macam tak sabar-sabar menonton,saya cuba memberikan sepenuh perhatian pada filem tersebut. 5 minit tayangan bermula dia berbisik ke telinga saya 'bosannya',saya tersenyum.
Setengah jam saya terdengar lagi dia mengeluh 'menyesal! ntah apa2!!'. Saya tersenyum.
Tepat 5.50 petang dia pegang tangan saya 'jom keluar' dan saya tengok dia sudah berdiri,dan kami keluar panggung sebelum habis tayangan!!
Inilah sejarah kewayangan kami.hehehe...Kami memang kaki wayang,filem yang baru keluar semua kami sapu bersih,jika tidak sanggup tunggu jumaat,hari biasa pun kami akan pergi menonton. Tapi tak pernah menonton filem seperti ini.
Komen saya,jangan laburkan duit RM8 semata-mata filem ini,baik g makan char kuey teow,lagi sedap.hehehe...
Tak boleh komen lebih-lebih nanti kena saman,sekarang musim orang seni saman menyaman.
Okay,terima kasih..

Ya Allah...


Ya Allah,
Dari Engkau aku datang
dan pada Engkau aku kembali
Demi hidup yang kuhambakan untukMu
Kabulkanlah hasratku...

Janjimu,
tiada hijab pada yang teraniaya
maka sesungguhnya kini aku sangat dianiaya
Maka Ya Allah,
Berilah pengajaran untuknya
agar fitnah ini terbalik untuknya
agar tangis ini ada dalam matanya..

Ya Allah,
jauhkanlah aku darinya
dari fikirannya
dari matanya
dari mendengar suaranya
agar aku tenang disisiMu.
Kerna dialah dajal untukku
cuba menghancurkan kebahagiaanku
cuma meracun masyarakat sekelilingku
memburukkan namaku
dan cuba meruntuhkan masjidku.

Ya Allah,
Aku memohon yang terbaik dariMu
kerna aku percaya hanya kau pelindungku

Ya Allah,
Hanya padaMu aku berserah diri..
Kabulkanlah hasratku ini Ya Allah,
Amin..

Tuhan Bayar Cash,saudara!


Jika kau rasa kau bahagia dengan jalan ini,maka teruskanlah. Jika kau rasa kau akan puas dengan fitnah yang kau sebarkan,sebarkanlah. Jika kau rasa kau menang dengan melihat aku menangis,maka sesungguhnya kau telah mencapai kemenangan itu.
Yang pasti kau akan menerima balasanya,bukan dari aku tapi dari Tuhan.

Ingin saya beritahu ayat tersebut pada dia,tapi atas nasihat hati dan teman saya berdiam diri. Kata mereka mengalah tak semestinya kalah,dan Tuhan paling suka hambaNya yang sabar. Salah saya,salah saya kerana pernah mengenali dia. Jika dulu sikapnya lembut,tetapi sudah terlihat sekarang berjuta hasad dalam hatinya kerana kebahagiaan orang yang dia cuba aniaya. Akhirnya meroyan jadinya. Pelik bukan,lelaki meroyan.
Saya tahu saya kini berdiri bukan di negeri saya,kerana itulah dia menang menfitnah saya,kerana saya cuma ada seorang insan saja di belakang saya. Tapi dia lupa ada Tuhan yang mencatat segalanya dan dia lupa dia akan mati juga,dan dia juga akan ke padang masyar dan di hitung amalan seperti saya. Dia lupa dia hidup cuma sementara seperti saya...
Wahai saudara,indahnya motto saudara 'beriman selagi hidup',tp tidak pula saudara beriman dengan kata-kata saudara itu. Kenapa ye? Adakah saudara rasa saudara sudah cukup baik dan sangat baik. Sudah tentu kan..Mesti itu yang saudara rasa,kalau tak masakan saudara ketawa menfitnah orang.
Ingat,Tuhan akan bayar cash saudara...

Tulip


Ungu pandangan indah,
jatuh pada tulip itu,
ada rintik air dikelopak,
masih segar,
wangi bauan ku hidu,
menusuk ke sanubari..
Berwarna dalam hati,
menanti siapa si pemberi tulip,
berdebar-debar,
menghitung saat demi saat...
Di ambang hari,
Cinta datang bersama tulip,
membawa suci sebuah rasa,
memberi hati dan jiwa,
membawa bahagia,
Bersama satu ucapan
''Sudikah menjadi tulip di kamarku
selamanya?''

Berbulan Madu Dengan Bidadari Syurga

Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hiduplah seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

" Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan sekretarisnya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasulullah yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya
seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi istrinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya
menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasulullah disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi
ayah berkata bahwa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerena ingat firman Allah dalam
Al-Qur'an surah An Nur 24 : Ayat 51. "Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. An Nur 24:Ayat 51)"

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasulullah yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"
"Alhamdulillah ia diterima ya Rasulullah," jawab Zahid.
"Sudah ada persiapan?"
Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak memiliki apa-apa."
Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.
Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan kelengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"
Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?" .
Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "jika begitu kelengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."
Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"
Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"
Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut, "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (QS At Taubah: Ayat 24).
Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.
Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."
Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur'an;
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Surah Ali Imran Ayat 169-170.
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi
kamu tidak menyadarinya. " (Al Baqarah :Ayat 154).
Pada saat itulah para sahabat menitiskan air mata dan Zulfah pun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

Pesanan Bidadari Syurga

Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman2nya.

"Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?"
"Boleh."

Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama2 ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat,zikir dan munajat kepada Allah.

Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti2.Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.

Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing2 sebok dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Aabu Sulaiman.namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya.

"Wahai anakku,aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demelian ?" tanya Abu Sulaiman
"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan2 syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari2 yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya.

Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.

Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh2 tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.Kerana barang siapa yang bersungguh2 dia akan dapat.

Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendoakan untuk dirinya.Kemudian dia pun pergi.

Abu Sulaiman mencaci dirinya.Jika orang yang mencari bidadari bertungkus lumus demikian rupa menghabiskan masa dan tenaga untuk memperolehi yang dikehendakinya,bagaimana lagi orang yang ingin mencari Tuhan kepada bidadari tersebut ??????????????????

Jangan menangis..

Hari ini sungguh lesu rasa,berat kelopak mata untuk saya buka,tapi minda tetap saja akan berfikir sebaik saja terjaga,segera minda menceritakan masalah semalam yang membuatkan saya terlena semula,tak mahu berfikir!!
Di mana ketenangan yang saya cari..saya serabut sangat..dalam tidur pun mengalirkan kerisauan. Tapi,apabila mata ini saya buka,pandangan saya menatap sebujur wajah yang penuh kedamaian. Saya dipeluk mesra,dalam mamai saya dicium dan lantas dia tersenyum ''masham x?''...hrmmmm...
Kami bangun mandi dan solat subuh berjemaah. Sesudah itu dia mengangkat tangan dan berdoa,yang dapat saya dengar dengan jelas walaupun dengan suara yang sangat perlahan..
''Ya Allah,ampunilah dosa isteriku,ampunilah dosaku dan kedua orang tua kami. Ya Allah berilah ketenangan dan kekuatan untuk isteriku,impahkanlah kebahagian padanya isteriku,murahkanlah rezeki kami,berikanlah kami zuriat penyambung warisan demi menghiburkan hati isteriku,Ya Allah lindungilah kami dari bala bencana dan fitnah dengki manusia. Ya Allah,lindungilah isteriku dari sesuatu yang melukakan hatinya. Ya Allah,rahmatilah hidup kami,dan berilah kami jalan kesenangan dan penyelesaian dalam apa jua yang kami hadapi...'' Mengalir lagi air mata saya,saya kesat dengan telekung dan saya tahan bakinya dari terkeluar. saya memujuk hati 'positive k,pagi2 jgn menangis',selepas mengaminkan doa saya mencium tangannya dan memberikan senyuman bahagia membalas senyumannya yang tak pernah lekang...

Benci

''tak sanggupku berdepan,tak ingin memandang
tergambar kepahitan silam
terhiris perasaan ku pernah dibiarkan
tiada khabar yang kau kirimkan
pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi..
tidak elok andainya dibuat hidangan
apa pula kata tetamu yang datang
itulah umpama kisah silam,usah di ungkit
segaja dibesarkan demi menutup kesilapanmu
demi memohon kemaafanku...
tertutup sudah pintu hatiku,tak usah engkau memujuk rayu
biarpun terpisah nyawa dan badan
sudah bersumpah tidak berdepan..
mendengar namamu bagai memikul beban
mendidihlah kemarahan yang terpendam
itu belum lagi kita berdepan
lebihla elok jika dibiarkan
kemarahanku reda sendiri
usah ditambah bara yang tersimpan...
walaupun berbagai rencana engkau lakukan
sedikitpun tidak melembutkan hati
malah makin tebal kebenciannku
serta marahku tiada berkesudahan
biarlah aku menanggung sendiri
segala dosa kerna membencimu..''


apabila dengarkan lagu ini pasti saya akan terdiam,mengamati suara merdunya dan terutama sekali liriknya yang penuh perasaan benci.
BENCI...seronokkah membenci?tidak seronok kan...lagi tidak seronok apabila kita tahu kita juga dibenci.Benci cuma mencipta musuh yang tentunya akan mengintai setiap kelemahan kita untuk disebarkan..
Saya ada suatu cerita,yang terjadi dalam hidup saya sendiri...
Ada seorang yang sangat tak puas hati dalam apa yang saya kecapi sekarang,dalam kehidupan bahagia tentu ada sahaja yang dengki kan...Dia cuba meracuni orang dengan menceritakan perihal saya,yang akhirnya mereka sendiri yang memberitahu saya tentang apa yang dia ceritakan. Kelakar kan.. Pada mulanya berlinang jugalah airmata ini,tp bila saya fikirkan sedalamnya kenapa saya mesti tunduk dan lemah dengan permainan iblis? klu dia boleh fitnahkan saya dan membuka aib saya,bermakna dia bertemankan iblis. Betul tak...Dan sekarang dia cuma menunggu masa untuk menjatuhkan saya,tak tahulah kenapa,saya tidak pernah mengganggu dia,apatah lagi sejak dia beristeri saya lansung tidak berhubung walaupun melihat bayang2 dia sekalipun. Tapi dia masih tak puas hati dengan saya,apakah kerna cemburukan kesenangan saya?saya bukan orang senang,tapi makan pakai saya tetap tak pernah terputus bekalan,sedangkan dia waktu membujang pun hidup dengan mengikis duit perempuan,bila dah kawin mungkin ada kekurangan sesuatu. Tak mahulah saya teka,sebab sama juga dengan tuduh. Tapi,sampai bila dia harus mengganggu hidup saya dan menyebarkan fitnah tentang saya?
Biar Tuhan yang membalasnya,nyatanya MENDENGAR NAMAMU BAGAI MEMIKUL BEBAN..

Awan...

Buai ke langit,
Laju dan laju ke atas,
Sebolehnya ingin mencecah awan,
Agar dapat disentuh dan diambil,
Menjadi dinding sebuah mahligai
permainan...

Buai lagi,
Tapi semakin perlahan dan berhenti,
Jam berputar dan masa berganti,
Tiada lagi permainan di sini,
Sudah sunti membilang hari,
Di suruh pulang mempelajari diri.
Dan impiannya tetap mahu mencecah awan,
untuk menjadi dinding sebuah mahligai perawan..

Buai lagi,
dalam anganan sebuah ilusi,
Ingin mencecah awan,
agar dapat dipintal awan itu,
menjadi balutan hati yang robek,
dalam penipuan sebuah jiwa,
yang pantas terluka...

Siapa lebih mulia?

Kata orang,susahnye mencari insan mulia di dunia ini. Kata orang lagi,senangnye berbuat jahat. Dan kata orang lagi,cinta yang asli selalu tersembunyi. Semuanya berkata atas pengalaman,pengalaman bertemu seseorang dan pengalaman melakukan sesuatu perbuatan.
Susahnya mencari insan mulia,memang susah sebab manusia banyak kekurangan dan tiada manusia yang sempurna. Sekali berbuat jahat,orang akan ingat kejahatan itu saja,pada selepasnya jika berbuat baik sekalipun tiada yang menghargai,kerana sudah terpahat dimindanya 'jahatla die.'..dan jika orang yang banyak berbuat jahat pula jika berbuat baik sekali saje orang akan berkata,'rupanya dia baik orangnya',dan jika dilakukan kejahatan selepas itupun akan ada yang berkata 'walaupu die mcm tu tapi die baik sebenarnya..'...hrrrmmm,hati manusia...
Susah kan? Jika saya salah maafkan saya. Tapi saya juga berkata atas pengalaman,pengalaman diri sendiri dan pengalaman melihat keletah manusia yang berbagai ragam. Jika di hati sudah melabelkan orang dengan 'JAHAT' sampai kesudahnyalah dia dianggap jahat,dan jika hati dah suka walaupun dia jahat akan dikata 'DIA BAIK SEBENARNYA,AKU NAMPAK DIA BAIK'
Cinta?kerana ditinggalkan sudah dikatakan seseorang itu jahat. Tidak...kadang-kadang perkara buruk yang berlaku ada hikmah disebaliknya,dalam kekecewaan sebenarnya hasil ehsan orang yang meninggalkan kita supaya kita dapat yang lebih terbaik dan soleh!
Cinta perawan memang indah untuk manusia,tapi lebih indah jika cinta perawan yang berkembang disemai untuk Allah..Semoga baik buruknya biar Allah saja yang melabelkannya,kerana Dia ada buku catatan amal setiap orang,jadi siapa kita untuk memanggil orang 'JAHAT' dan 'SANGAT BAIK'.Setiap hari kita bersama Allah,tp adakah setiap hari kita bersama-sama seseorang yang kita labelkan itu? Jadi hanya Allah saja yang tahu siapa hambanya sebenarnya.
Usahlah kita menghukum seseorang,kerana kita tak tahu antara kita dan dia siapa yang lebih baik di sisi Allah...

Sayang ibu

''lari bukan jalan penyelesaian'' tiba-tiba hati ini berbisik,dan saya segera mengangguk. Entah kenapa sejak dua menjak ini banyak sungguh dugaan menimpa. Terciptanya blog ini sekurangnya mengubat hati saya yang tak tahu hampir pergi ke mana. Saya pasti,ramai juga diuar sana yang dugaannya lagi berat dari apa yang saya tanggung sekarang. Bezanya kita berlainan nama,masalah mungkin sama saja...
Saya tahu walaupun saya nampak sendirian, tapi sebenarnya tidak. Saya tahu Tuhan sentiasa bersama saya. Kerana itu saya cuba tersenyum dan memberikan yang terbaik untuk orang sekeiling saya. Mungkin ada yang tidak boleh menerima cara saya,tapi inilah saya..
Jangan lari dari masalah,tp cubalah berbaik dengan masalah. Saya tak tahu dari mana saya dengar ayat itu,tapi itulah punca senyuman saya selama ini. Ada satu kekuatan dalam ayat tersebut yang saya tak tahu dimana..
Hati yang runsing menggerakkan jemari saya untuk menghubungi ibu saya di kampung. Sebaik saja salam diberikan,mak saya bertanya 'ada masalah ke?sakit ke?' serasanya mahu gugur air mata apabila cepatnya ibu membaca naluri saya. Saya sekerasnya menafikan dan ketawa,lalu ibu saya membalas 'jangan tipu,mak boleh camla,mak tahu..sakit ye?ada masalah pe,ceritalah..'' Sekali lagi rasa seperti mahu terkeluar esak dan tangis,cepat-cepat saya meminta izin untuk memutuskan panggilan dengan alasan ada kerja,sebelum airmata ini gugur,sebelum saya memberikan kerunsingan percuma kepada ibu tercinta seeloknya saya perlu diam...