
Dari pagi lagi beria-ia benar dia mengajak saya ke panggung,katanya filem HAQ best. Gembiranya dia..walaupun dalam hati saya tidak teruja seperti dia,tapi apa salahnya saya mengikut. Selepas ke Bukit Mertajam membeli barangan kedai, kami ke Jusco Seberang Prai,dengan tiket berharga RM8, kami masuk ke panggung pada pukul 4.40 petang. Lucu dengan keletah dia macam tak sabar-sabar menonton,saya cuba memberikan sepenuh perhatian pada filem tersebut. 5 minit tayangan bermula dia berbisik ke telinga saya 'bosannya',saya tersenyum.
Setengah jam saya terdengar lagi dia mengeluh 'menyesal! ntah apa2!!'. Saya tersenyum.
Tepat 5.50 petang dia pegang tangan saya 'jom keluar' dan saya tengok dia sudah berdiri,dan kami keluar panggung sebelum habis tayangan!!
Inilah sejarah kewayangan kami.hehehe...Kami memang kaki wayang,filem yang baru keluar semua kami sapu bersih,jika tidak sanggup tunggu jumaat,hari biasa pun kami akan pergi menonton. Tapi tak pernah menonton filem seperti ini.
Komen saya,jangan laburkan duit RM8 semata-mata filem ini,baik g makan char kuey teow,lagi sedap.hehehe...
Tak boleh komen lebih-lebih nanti kena saman,sekarang musim orang seni saman menyaman.
Okay,terima kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan