Dialah Segalanya


Hari ini saya kembali ke pejabat setelah bercuti selama 8 hari. 4 hari di kampung,1 hari di CH, dan 3 hari habiskan masa di rumah kerana saya jatuh sakit secara tiba-tiba. Dan sekarang Alhamdulillah rasa lega sedikit,tapi jika saya habiskan masa dengan berehat saya akan boring...
Ingat lagi apabila saya tiba-tiba sakit sebaik saja tiba dirumah dari CH. Tak tahu puncanya,saya hampir menangis menahan kesakitan,tapi saya kuatkan diri. Tapi jam 3 pagi saya terjaga,saya tidak boleh bergerak dan berdenyut seluruhnya,saya menangis sekuat hati. Saya betul-betul dah tak mampu menahan, suami yang menjaga saya semalaman dan belum sempat tidur lagi bangun memeluk dan menenangkan saya,dipakaikan saya baju dan dibawa saya pulang ke kampung. Dia sudah buntu tak tahu nak buat apa kerana saya tidak boleh disentuh lansung. Ayah juga tidak tahu berbuat apa,menurut ayah tiada unsur-unsur 'luar' dan mahu saya ke klinik. Ayah mertua saya adalah pengamal perubatan islam tradisional.
Saya pulang kembali ke rumah dan kerana tersangat letih saya tertidur. Saya terjaga dan cuba bangun tapi tidak boleh, saya meraung lagi dan menangis. Suami saya yang sangat setia menjaga saya mengangkat saya perlahan-lahan,membersihkan diri saya,memakaikan baju,dan kemudian membawa saya ke klinik. Kerana terlalu tak mampu menahan sakit,badan saya turut panas dan demam. Alhamdulillah, selepas diberi ubat tahan sakit saya boleh bertahan.
Saya bersyukur mempunyai dia. Dialah yang mengurus rumah waktu itu,menjaga makan pakai saya seikhlasnya,dengan senyuman penuh di wajah dia tetap mencium tangan dan mengucup dahi saya,walaupun ketika itu saya tidak berdaya menguruskan apa yang sepatutnya saya uruskan. Dan dengan berkat kesabaran dan doanya saya kembali sihat.

Dimana lagi saya boleh dapat suami seperti dia. Ibarat mutiara di dasar lautan,satu dalam sejuta...Dialah suami saya dunia dan akhirat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan