Buai ke langit,
Laju dan laju ke atas,
Sebolehnya ingin mencecah awan,
Agar dapat disentuh dan diambil,
Menjadi dinding sebuah mahligai
permainan...
Buai lagi,
Tapi semakin perlahan dan berhenti,
Jam berputar dan masa berganti,
Tiada lagi permainan di sini,
Sudah sunti membilang hari,
Di suruh pulang mempelajari diri.
Dan impiannya tetap mahu mencecah awan,
untuk menjadi dinding sebuah mahligai perawan..
Buai lagi,
dalam anganan sebuah ilusi,
Ingin mencecah awan,
agar dapat dipintal awan itu,
menjadi balutan hati yang robek,
dalam penipuan sebuah jiwa,
yang pantas terluka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan