
Sayang,
Isterimu sudah pulang
Sedang berada di hadapan pintu
Yang terbuka luas menampakkan isinya
Sayang,
Lebarnya tangan kau hulurkan
Untuk memelukku
Manisnya senyuman yang kau berikan
Untuk menyambutku
Dan di situ terdengar
'Selamat pulang sayang'
Berlari aku dalam pelukanmu
Kemasnya dakapanmu menenangku
Bertalu-talu ciuman yang ku dapat
di pipi,di dahi,di hidung, dan di bibir...
Maafkan aku sayang,
Kerana telah pergi dari melihat kasihmu
Rajuk telah membuatku lupa
Kau telah banyak berkorban
dan mencintaiku..
Maafkan aku sayang,
Kerana telah pergi menepis tanganmu
di saat engkau cuba membelai aku
Rajuk telah mengeraskan hati
dan membutakan mata dari kasihmu...
Maafkan aku sayang,
Kerana rajukku telah membuatmu menangis
Namun,
Setianya engkau menantiku kembali
Tabahnya hatimu menungguku berpaling padamu
Jujurnya niatmu ingin aku bersamamu...
Aku berjanji sayang,
Takkan aku merajuk lagi
Kerana aku cinta padamu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan