
Jika kau rasa kau bahagia dengan jalan ini,maka teruskanlah. Jika kau rasa kau akan puas dengan fitnah yang kau sebarkan,sebarkanlah. Jika kau rasa kau menang dengan melihat aku menangis,maka sesungguhnya kau telah mencapai kemenangan itu.
Yang pasti kau akan menerima balasanya,bukan dari aku tapi dari Tuhan.
Ingin saya beritahu ayat tersebut pada dia,tapi atas nasihat hati dan teman saya berdiam diri. Kata mereka mengalah tak semestinya kalah,dan Tuhan paling suka hambaNya yang sabar. Salah saya,salah saya kerana pernah mengenali dia. Jika dulu sikapnya lembut,tetapi sudah terlihat sekarang berjuta hasad dalam hatinya kerana kebahagiaan orang yang dia cuba aniaya. Akhirnya meroyan jadinya. Pelik bukan,lelaki meroyan.
Saya tahu saya kini berdiri bukan di negeri saya,kerana itulah dia menang menfitnah saya,kerana saya cuma ada seorang insan saja di belakang saya. Tapi dia lupa ada Tuhan yang mencatat segalanya dan dia lupa dia akan mati juga,dan dia juga akan ke padang masyar dan di hitung amalan seperti saya. Dia lupa dia hidup cuma sementara seperti saya...
Wahai saudara,indahnya motto saudara 'beriman selagi hidup',tp tidak pula saudara beriman dengan kata-kata saudara itu. Kenapa ye? Adakah saudara rasa saudara sudah cukup baik dan sangat baik. Sudah tentu kan..Mesti itu yang saudara rasa,kalau tak masakan saudara ketawa menfitnah orang.
Ingat,Tuhan akan bayar cash saudara...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan