
Berdosakah saya kerana masih belum bercahaya mata? Selalu saya dihuni soalan itu setiap kali ada suara sinis di telinga saya. Perlukah saya memberitahu perkara yang mereka sedia tahu bahawa nyawa seorang manusia itu milik Tuhan,bukan milik saya?
Saya pernah menulis di facebook saya tentang ini,jika ditulis sekali lagi mungkin ayat saya sama sahaja... Jadi saya copy paste sahaja...
''Tidak pernah aku menyesali tiap perjalanan kehidupanku,malah aku menghargai walaupun adakalanya aku ditimpa dugaan bertubi-tubi,segalanya telah ku pahat sebagai satu pengalaman yang sangat berguna untukku di hari hadapan dalam membaiki kelemahan diriku dan juga peransang untuk aku menjadi wanita yang lebih kuat. Tetapi sesekali hatiku mengeluh dalam diam,mengenangkan sikap manusia yang tidak pernah lelah mencari kekuranganku dan sentiasa berusaha memburukkan setiap langkahku.
Apakah salahku. Adakah salahku kerana menjadi isteri kepada lelaki yang sangat aku cintai,ataupun salahku menjadi wanita yang merantau dinegeri orang.
Insan yang sama,mencari kesalahan yang sama,saban hari,memberi soalan yang sama,xjemu memfitnah dan mengusulkan soalan yang tak masuk akal.Kenapa?
Pada awalnya dapat aku bertahan,menganggap semuanya adat resam di negeri orang. Tapi sampai bila?Sehari lagi,seminggu lagi,sebulan lagi.atau seumur hiduP???
Susahnye memuaskan hati semua orang..susahnye menjadi manusia yang terbaik dimata orang,dan susahnye bergelar isteri di mata mereka. Walhal kehidupanku bersama suami tersangat sempurna dan bahagia,tidak pernah terfikir ada cacat cela dalam perhubungan. Tidak pernah ada pengungkitan tentang taqdir yang Allah suratkan..
Rezeki di tangan Tuhan,dipertemukan aku dengannya juge adalah kehendak Tuhan,sungguh aku syukuri..Setiap detik aku ditatang bagai minyak yang penuh,tiada satu pun kehendakku yang ditidakkan oleh suamiku..betapa aku dicintai dan disayangi. Walaupun kekadang setelah hajatku dipenuhi baruku sedar ia satu pengorbanan besar suamiku...
Kenapa semua ini menimbulkan hasad di hati mereka?
Tuduhan demi tuduhan dengan niat menjatuhkan...babak demi babak yang dicipta..
Takkan aku harus memarahi Tuhan kerana aku masih tidak dikurniakan cahaya mata?kenapa mereka pula yang memarahiku?adakah nyawa seorang manusia terletak ditanganku dan aku yang meniup roh itu? Tidak tahukah mereka segala yang berlaku itu ada hikmatnye,kenapa mesti perkecilkan aku setiap kali memandang wajahku yang hina ini? Bukan aku yang pinta semua ini..Aku berlebihan lagi mengimpikan sebuah keluarga yang lengkap.walaupun bagi suamiku kehidupan kami sudah benar-benar lengkap,kenapa bagi mereka aku tidak berguna,padahal usia perkahwinan kami belum lagi cecah setahun???? Padahal yang mengata itu sendiri mengambil masa 8 tahun untuk beranak!!!!
Sungguh benar2 aku tertekan..Ada pula yang setiap kali berjumpa bertanyakan soalan yang sama,padahal baru beberapa hari berjumpa,tiada otakkah die?adakah aku boleh tahu kehamilan dalam tempoh 3 hari,sedangkan kali terakhir berjumpa die aku period.
Ada pula yang tidak percaya bila aku kata 'takde',bertanya sehingga beberapa kali dengan raut muka yang tersangat pelik dan dahi yang berkerut...kenapa?aku tak tahu kenapa reaksi itu yang aku dapat. Sedangkan Allah yang menciptakan manusia. Adakah semua pasangan bunting pelamin seperti dia?
Ya Allah,kuatkanlah hatiku...kenapa aku mesti dikelilingi oleh mereka yang seperti ini...tidak tahu mencuci tepi kain sendiri tetapi sibuk menjaga dan menghina tepi kain orang..
Apa yang harus aku lakukan selain bersabar...haruskah kami berdua pergi jauh dari sini dan hidup cuma dalam dunia cinta kami...Aku berserah padaMu Tuhan,jika baik untuk kami berdua begini ,kami redha...kerana aku tahu hayatku tidaklah lama lagi...''
Saya manusia biasa,di hati saya berlebihan lagi mahu mengandung,bersalin,menyusukan,dan membesarkan zuriat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan