Berat rasanya jemari ini untuk menaip,tapi berat lagi apa yang ada dalam kepala saya pada waktu ini. Ingatan saya cuma pada ayah kesayangan saya,yang membesarkan saya dari kecil hingga saya bergelar isteri orang.
Hari Khamis lepas saya mendapat panggilan dari abang mengatakan ayah sakit tenat. Berderai air mata,manja sungguh,tapi saya menangis bukan kerana ayah sakit,tapi kerana pengorbanannya sehingga dia jatuh sakit. Menyara anak seramai 13 orang dengan hanya tulang empat keratnya,bermandi peluh keringat saban hari dari subuh hingga ke petang,kekadang sampai ke malam. Mengait daun nyior yang tingginya menyakitkan tengkuk,tapi dapat disudahinya paling kurang 1000 helai sehari! Hanya dia seorang,tiada siapa yang menolong. Dan kini pada usianya 66 tahun,masih bekerja keras. Bertanya saya pada diri sendiri,tidak bernilaikah saya sebagai anak masih tidak dapat memberi kesenangan kepada ayah tercinta yang hidup susah sejak dari dulu lagi? dan setelah dewasa dan mendapat ijazah masih belum mampu saya mengubah nasib keuarga dan menyara orang tua saya. Dulu bila peluang pekerjaan datang, saya menolak mentah-mentah,kononnya mahu berkahwin dan takut tidak dapat menukar tempat kerja,memandangkan suami di kedah dan saya di terengganu. Bukan sekali tawaran kerja kerajaan yang saya dapat. Dan kini.....satu tawaran pun tiada...Saya cuma dapat menjadi kerani di kedai suami saya yang juga perkongsiannya bersama kawan-kawannya. Dan berapa sangatlah yang saya dapat...
Saya menangis dan menangis di dalam pejabat,mengambil hp dan menghantar mesej kepada suami saya 'sayang,ayah sakit.', Suami saya kemdian masuk ke dalam ofis dan menenangkan saya,katanya 'jom kita balik' Kami bertolak sejam kemudian....
Mungkin gerak hatinya mengatakan saya akan pulang,dia menelefon saya sewaktu saya dalam perjalanan pulang
ayah:wa kat mana?
saya:tengok tv kat umah.np ayah?
ayah: xde apa..ayah br pas ngait ni,siap dah,nak balik dah ni...
pandai ayah menipu. Dia risau saya balik kerana dia,padahal saya baru meelefon mak,kata mak ayah tidur sejak pagi,badan panas dan bengkak2...
Saya menangis di dalam hati,terdiam dan termenung sepanjang perjalanan. Teringat dulu sewaktu saya sakit dan terpaksa di bedah di Hospital Ampang,ayah dan mak menaiki bas ke Melaka kemudian menumpang kakak saya terus ke hospital ampang,walaupun dia tidak sihat tapi sanggup turun kerana saya.
Sewaktu kecil dulu dialah saja yang memahami perasaan saya,tempat meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dan pendapat.. Hanya dengan dia sajalah membuatkan saya sangat selesa bercerita apa saja...Dan mengingatkan segalanya menyedarkan saya betapa dia sayangkan saya..
Sampai di rumah dia berlagak sihat,mak terkejut,kata mak dia tak bangun dari pagi lagi,tiba-tiba bila saya sampai dia bangun terjengket-jengket. Mungkin terkejut dengan kepulangan saya dan suami,ayah buat-buat sihat dan tersenyum lebar,sedangkan saya tahu dia sedang menahan satu kesakitan.
Malam esoknya saya terserempak ayah sedang memegang dada sampai mengaduh,saya memujuknya ke hospital tapi dia enggan,katanya dia tak sakit. Mak memberitahu saya dia terdengar ayah mengaduh sewaktu di dalam toilet,tetapi bila keluar dia berlagak biasa tapi tangan masih di dada. Ayah tidur di ruang tamu,saya mendekati dan mendapati badan ayah panas,kaki membengkak,perut kembung,saya mengambil minyak dan mengurut serba sedikit yang saya tahu. Baru dia mengaku dia sakit dada....
Malam tu kami tak dapat tidur,suami pula demam panas,dan saya mengalami sakit dada dan sukar bernafas....Kerana tidak tahan saya bangun mencari minyak panas dan mendapati ayah sedang mengerang kesakitan sambil berselimut...
Hibanya hati ini,Ya Allah ringankanlah beban ayahku,berilah kesihatan kepadanya,telah berkurun dia hambakan badannya untuk panas terik demi mencari sesuap rezeki yang halal,berabad dia bertahan bermandi keringat demi anak-anak dan isteri...Janganlah sakiti dia Ya Allah,aku rayu...Berilah dia ketenangan di usianya ini,lanjutkanlah usianya,dan berilah aku peluang membalas jasanya dulu..Aku masih belum mampu untuk memberikannya mahigai Ya Allah...
Ya Allah...Ampukanlah dosa ayahku,ringankanlah kesakitannya Ya Allah...Bagaimana harus aku katakan lagi Ya Allah,aku hidup selesa hari ini kerana ehsannya menjagaku dan memeliharaku Ya Allah,berilah ehsanMu padanya,kasihanilah dia Ya Allah...
Ya Allah..........
Pada waktu ini saya rasa inilah dugaan yang paling berat untuk saya,meihat kesayangan saya menderita sakit...Saya sangat-sangat tak berdaya...
Di kiri suami,di kanan bapa,hari sabtu terpaksa saya pulang ke kedah...bagaimana...kenapa....susah sangat...Saya tahu suami pun tak sampai hati untuk tinggalkan ayah,tapi kami sangat-sangat tertekan dengan manusia di luar sana yang mementingkan diri sendiri..Inilah pilihan kami tanpa rela,dan ya,saya menyumpah kepada mereka yang membuat suami terpaksa mengambil keputusan untuk balik!
Kepada saudara dan saudari yang terbaca entri ini,tolonglah saya...saya merayu...tolonglah doakan kesihatan ayah saya...Saya merayu....

Saidatina Aishah r.a

Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.
Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.
Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.
Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”
Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.
Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.
‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.
Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:
‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.
Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:
‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’
‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.
Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:
‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’
‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:
‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”
Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’
Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.
Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda seterusnya membacakan ayat :
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)
Jawab Aisyah:
‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.
Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’
‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.
Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.
Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,’
‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang yang beriman….’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga…’ Inilah kata-kata terakhir baginda yang didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.
Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.
Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.
Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.’
Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; ‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira’,’Al-Humaira, atau ‘si merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.
Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’
Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.
Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.
Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.
Luahan...

Rindunya pada ayah dan ibu..Tak sabar nak balik. Bila dengar suara ayah rasa macam nak gi cium je ayah,dengar suara ibu rasa macam nak gi peluk2 dan cium2 dia...Rasanya macam dah lama tak jumpa...
Sunyinya hidup,kata orang sunyi itu indah..memang indah,tapi jika begini berterusan saya akan jadi bisu.huhu...siang hari kami bekerja,sebaik pulang kerja tanpa mandi dan menukar pakaian suamiku bergegas ke kampung sera buat wiring surau,yang mesti disiapkan secepat mungkin. Tinggallah saya buat sementara waktu..Dan apabila pulangnya dia gembiranya rasa hati ini seperti setahun tak berjumpa...
Semalam dia termenung,katanya 'sayang,dah macam2 kita tempuh,sejak mula kahwin sehingga hari ini,tak habis-habis dengan ragam manusia,yang dengki,yang benci,yang khianat...and bla bla bla',saya mendengar dengan penuh khusyuk luahan hati seorang lelaki yang hatinya sangat lembut ini. Dan saya menyambung 'dahlah sayang,xpayah fikir lagi,kalau kita fikirkan sikap manusia seribu tahun pun xkan habis,macam2 yang mereka bercakap selagi ada lidah,baiknya kita jadi buruk,buruknya kita lagilah depa bercakap,depa pun bukan baik sayang,kita buat tak tahu je,semakin kita fikir semakin kita pening dan serabut',sebelum habis ayat saya, ciuman singgah dipipi saya,dia tersenyum 'ceewahhh isteri abe,pandainya..macam kenal je ayat tu...hehehehe'....hahaha kami ketawa pecah berderai...Dalam hati terfikir luahan dia tadi dan saya juga tahu di dalam hatinya juga sama...
Segala yang kami tempuhi telah mematangkan diri dan fikiran kami. Segala suka duka kami adalah cerita hidup kami yang sangat mahal harganya. Saya sudah melalui segalanya apa yang dikatakan kehidupan,saya rasa saya sudah merasai segalanya,dan saya nilaikan hidup ini cuma perangkap,silap masuk akan sesat,dan jika sentiasa lurus dan berhati-hati tinggilah ganjarannya.
Lumrah kehidupan,siapa pun kita,kita tidak akan terlepas dari umpatan orang,kerana ke mana-mana kita pergi kita akan bercakap dan berjumpa dengan manusia. Ada yang suka,ada yang tidak. Ada yang suka mengambil berat tentang kita sehingga ke dalam kain,dan ada juga yang lansung tidak pedulikan kita. Ada yang pandai bermuka-muka dan ada yang tidak hipokrit. Macam-macam....ini semua kerana manusia tidak sempurna...
Segalanya telah menjadikan saya semakin kuat,kuat dalam menghadapi segala yang lepas,yang sedang,dan juga kemungkinan berlaku..Saya tidak lagi takut dan menangis. Walau adakala hati ini sedikit tercalar dan terguris,saya halalkan semuanya..
Hari ini setelah saya berserah diri pada Tuhan saya sedar betapa Tuhan sayangkan saya dan sentiasa memberi peluang untuk saya memperbaiki diri saya,bertuah sungguh saya,sayangnya Dia pada saya kerana tidak pernah sesuatu yang berlaku pada saya tiada hikmah di sebaliknya..
Pedulikan siapa yang membenci,asalkan saya tahu siapa yang sayang saya,iaitu SUAMI,AYAH SAYA,DAN BONDA SAYA. Itu saya pasti!

Tak merajuk lagi...

Sayang,
Isterimu sudah pulang
Sedang berada di hadapan pintu
Yang terbuka luas menampakkan isinya
Sayang,
Lebarnya tangan kau hulurkan
Untuk memelukku
Manisnya senyuman yang kau berikan
Untuk menyambutku
Dan di situ terdengar
'Selamat pulang sayang'
Berlari aku dalam pelukanmu
Kemasnya dakapanmu menenangku
Bertalu-talu ciuman yang ku dapat
di pipi,di dahi,di hidung, dan di bibir...
Maafkan aku sayang,
Kerana telah pergi dari melihat kasihmu
Rajuk telah membuatku lupa
Kau telah banyak berkorban
dan mencintaiku..
Maafkan aku sayang,
Kerana telah pergi menepis tanganmu
di saat engkau cuba membelai aku
Rajuk telah mengeraskan hati
dan membutakan mata dari kasihmu...
Maafkan aku sayang,
Kerana rajukku telah membuatmu menangis
Namun,
Setianya engkau menantiku kembali
Tabahnya hatimu menungguku berpaling padamu
Jujurnya niatmu ingin aku bersamamu...
Aku berjanji sayang,
Takkan aku merajuk lagi
Kerana aku cinta padamu..
Kapal Kertas

Hrmm,bila kita mendiamkan badan,merehatkan tangan,menghayun kaki perlahan-perlahan,melepaskan belakang ke kerusi,mengunci mulut dan memejamkan mata,akan terbayanglah satu demi satu hal yang pernah berlaku,samada mencuit hati atau menggegarkan hati kan...hehehe
Teringat saya suatu ketika di dalam kereta,saya membuat kapal menggunakan kertas dan memberi kepada suami saya. Saya buat lagi dan letak di hadapan meter, saya buat lagi dan lagi dan meletakkan di atas ribanya. Katanya, sejak dulu lagi dia perhatikan hobi saya yang pelik ini. Dia mengingatkan saya pada tempoh hari sewaktu di kampung,kami pergi berdating ke Pantai Bukit Keluang,bila berduaan ada je mata memandang,mungkin pada mereka meluat dengan kami,mungkin pada mereka kami pasangan kekasih,sorry ye kami dah kawen! Ha...
sebelum ke pantai kami shopping dulu di jerteh,jadi banyaklah resit yang kami dapat. Saya bawa semua resit tu ke pantai,dan saya buat kapal kertas dengan banyaknya dan menyusun satu persatu. Suami saya berkata dan berimaginasi andainya suatu hari nanti saya lari dari dia,dia datang mencari saya di merata tempat,dan dia terjumpa banyak kapal kertas maka tahulah dia saya berada di kawasan itu..hahaha,hebat sungguh imaginasi dia..
Saya tersenyum, dan berkata pada dia 'nanti kita test ye..'hehehehe
Dialah Segalanya

Hari ini saya kembali ke pejabat setelah bercuti selama 8 hari. 4 hari di kampung,1 hari di CH, dan 3 hari habiskan masa di rumah kerana saya jatuh sakit secara tiba-tiba. Dan sekarang Alhamdulillah rasa lega sedikit,tapi jika saya habiskan masa dengan berehat saya akan boring...
Ingat lagi apabila saya tiba-tiba sakit sebaik saja tiba dirumah dari CH. Tak tahu puncanya,saya hampir menangis menahan kesakitan,tapi saya kuatkan diri. Tapi jam 3 pagi saya terjaga,saya tidak boleh bergerak dan berdenyut seluruhnya,saya menangis sekuat hati. Saya betul-betul dah tak mampu menahan, suami yang menjaga saya semalaman dan belum sempat tidur lagi bangun memeluk dan menenangkan saya,dipakaikan saya baju dan dibawa saya pulang ke kampung. Dia sudah buntu tak tahu nak buat apa kerana saya tidak boleh disentuh lansung. Ayah juga tidak tahu berbuat apa,menurut ayah tiada unsur-unsur 'luar' dan mahu saya ke klinik. Ayah mertua saya adalah pengamal perubatan islam tradisional.
Saya pulang kembali ke rumah dan kerana tersangat letih saya tertidur. Saya terjaga dan cuba bangun tapi tidak boleh, saya meraung lagi dan menangis. Suami saya yang sangat setia menjaga saya mengangkat saya perlahan-lahan,membersihkan diri saya,memakaikan baju,dan kemudian membawa saya ke klinik. Kerana terlalu tak mampu menahan sakit,badan saya turut panas dan demam. Alhamdulillah, selepas diberi ubat tahan sakit saya boleh bertahan.
Saya bersyukur mempunyai dia. Dialah yang mengurus rumah waktu itu,menjaga makan pakai saya seikhlasnya,dengan senyuman penuh di wajah dia tetap mencium tangan dan mengucup dahi saya,walaupun ketika itu saya tidak berdaya menguruskan apa yang sepatutnya saya uruskan. Dan dengan berkat kesabaran dan doanya saya kembali sihat.
Dimana lagi saya boleh dapat suami seperti dia. Ibarat mutiara di dasar lautan,satu dalam sejuta...Dialah suami saya dunia dan akhirat...
Al-Fatihah
InnaLillahiWaInnaIlaihiRajiun.Kepada Allah aku datang dan kepada Allah aku kembali. Tanggal 8 Februaru saya dikejutkan dengan berita sedih,pak cik sebelah suami saya meninggal secara mengejut. Semacam tidak percaya kerana adanya sihat,tapi sudah ajalnya sehingga ke detik itu. Sesampainya saya di rumah arwah,anaknya yang bongsu yang berumur 4 tahun memanggil saya 'Kak Wawa,ayah takdak dah,ayah pindah...' Seperti biasa dia tersenyum malu-malu apabila melihat saya. Saya ke pintu belakang dan menangis,sebak mendengar kata-kata si kecil yang tidak mengerti apa-apa. Sewaktu arwah dibaringkan di dalam bilik dan bacaan al Quran diperdengarkan dari tetamu,si kecil tadi datang lagi 'ayah tidur...''lawalah ayah kami tidur.....'..tetamu yang ada di situ kelihatan sangat sayu,ada yang mengesat air mata,ada yang buat tak tahu dan meneruskan bacaan dengan suara serak basah. Sewaktu arwah dimandikan,si kecil tadi mengintai di sebalik kain 'tak malulah ayah mandi..hehehe',saya yang duduk di sebelah isteri arwah dan si kecil tadi cepat memalingkan muka dan mengalir lagi airmata ini..
Seharian terbayangkan wajah arwah,dialah saudara suami saya yang paing baik. Selalu mengambil berat. Apabila dia datang ke kedai saya,tidak sah kalau tidak diajaknya saya ke rumahnya,ingat lagi dia tanya 'bila nak berkelah wa?dah lama tak berkelah ni?'..tapi hajatnya tak sampai...
Sesungguhnya ajal maut sudah ditentukan Tuhan...Siapalah kita untuk menidakkan. Setiap yang hidup pasti mati. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan.
Semoga Roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman.
Al-Fatihah..
*sewaktu arwah dimandikan saya melihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam masuk. Saya harap dia sedar dia juga akan mati suatu masa nanti. Semoga dia bertaubat dari menfitnah, mengaibkan orang dan menganiaya orang.
Seharian terbayangkan wajah arwah,dialah saudara suami saya yang paing baik. Selalu mengambil berat. Apabila dia datang ke kedai saya,tidak sah kalau tidak diajaknya saya ke rumahnya,ingat lagi dia tanya 'bila nak berkelah wa?dah lama tak berkelah ni?'..tapi hajatnya tak sampai...
Sesungguhnya ajal maut sudah ditentukan Tuhan...Siapalah kita untuk menidakkan. Setiap yang hidup pasti mati. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan.
Semoga Roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman.
Al-Fatihah..
*sewaktu arwah dimandikan saya melihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam masuk. Saya harap dia sedar dia juga akan mati suatu masa nanti. Semoga dia bertaubat dari menfitnah, mengaibkan orang dan menganiaya orang.
Saya adalah Saya
Assalamualaikum,rindu pada blog saya,lama tak menaip...kat sini sajalah saya boleh menulis,ada diary jadi malas,kadang2 tertinggal,kadang2 terlalu merapu...
Saya di kampung selama seminggu,buat tahlil untuk arwah adik dan nenek,semoga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Saya sebenarnya sangat penat. Penat. Kalau saya penat,suami apatah lagi.. Tapi tak apalah,kami dah dapat ganjaran pahala dari Yang Maha Esa..
Alhamdulillah,rancangan yang dibuat akhirnya berjalan juga. Walaupun terpaksa berkorban diri untuk dikutuk di belakang,tapi saya kira saya sudah buat yang terbaik untuk menjaga hati semua orang. Pulang ke kampung bukan hari-hari,tapi ni dah 3 bulan xbalik. Jadi saya rasa tak salah saya menolak sesuatu demi sesuatu kesayangan saya.
Demi Tuhan,dalam hidup saya yang sangat indah ini tiada yang lagi indah melainkan mempunyai seorang suami yang sangat-sangat penyayang dan keluarga yang menyayangi dan selalu menyokong saya. Kerana itu saya akan mencuba sedaya upaya mencari jalan melakukan sesuatu untuk kebahagiaan mereka dalam masa seminggu saya di kampung..
Cukuplah selama ini saya terlalu berlembut sehingga ada yang mengambil kesempatan meletakkan kesalahan di bahu saya tanpa saya buat dan terlibat lansung. Atas nasihat seorang kakak sudah tiba masanya saya perlu tegas untuk kepentingan peribadi saya. Cukuplah selama ini ada yang menuduh saya yang bukan-bukan dan menyebarkan sesuatu yang tidak berasas,alang-alang di tuduh biarlah saya kembali ego.
Sudah lama saya meletakkan kepentingan saya ke tepi dan menangis apabila terdengar hebahan cerita dari orang yang boleh dikatakan rapat,jadi sekarang demi untuk menjadi wanita yang kuat saya sudah bersedia tegas dan membuat keputusan untuk diri sendiri.
Untuk apa lagi saya tunduk dan berlembut, sedangkan ada antara mereka tidak pernah menjaga perasaan saya. Saya ada kehidupan,dan jangan diganggu!
Saya bukan lupa daratan, saya sedar siapa saya sebelum ini dan di mana bumi saya pijak, tetapi ada sesuatu yang kadang-kadang sukar diluah....
Saya di kampung selama seminggu,buat tahlil untuk arwah adik dan nenek,semoga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Saya sebenarnya sangat penat. Penat. Kalau saya penat,suami apatah lagi.. Tapi tak apalah,kami dah dapat ganjaran pahala dari Yang Maha Esa..
Alhamdulillah,rancangan yang dibuat akhirnya berjalan juga. Walaupun terpaksa berkorban diri untuk dikutuk di belakang,tapi saya kira saya sudah buat yang terbaik untuk menjaga hati semua orang. Pulang ke kampung bukan hari-hari,tapi ni dah 3 bulan xbalik. Jadi saya rasa tak salah saya menolak sesuatu demi sesuatu kesayangan saya.
Demi Tuhan,dalam hidup saya yang sangat indah ini tiada yang lagi indah melainkan mempunyai seorang suami yang sangat-sangat penyayang dan keluarga yang menyayangi dan selalu menyokong saya. Kerana itu saya akan mencuba sedaya upaya mencari jalan melakukan sesuatu untuk kebahagiaan mereka dalam masa seminggu saya di kampung..
Cukuplah selama ini saya terlalu berlembut sehingga ada yang mengambil kesempatan meletakkan kesalahan di bahu saya tanpa saya buat dan terlibat lansung. Atas nasihat seorang kakak sudah tiba masanya saya perlu tegas untuk kepentingan peribadi saya. Cukuplah selama ini ada yang menuduh saya yang bukan-bukan dan menyebarkan sesuatu yang tidak berasas,alang-alang di tuduh biarlah saya kembali ego.
Sudah lama saya meletakkan kepentingan saya ke tepi dan menangis apabila terdengar hebahan cerita dari orang yang boleh dikatakan rapat,jadi sekarang demi untuk menjadi wanita yang kuat saya sudah bersedia tegas dan membuat keputusan untuk diri sendiri.
Untuk apa lagi saya tunduk dan berlembut, sedangkan ada antara mereka tidak pernah menjaga perasaan saya. Saya ada kehidupan,dan jangan diganggu!
Saya bukan lupa daratan, saya sedar siapa saya sebelum ini dan di mana bumi saya pijak, tetapi ada sesuatu yang kadang-kadang sukar diluah....
Langgan:
Catatan (Atom)