lama tidak menulis dan menjengah ke blog ini. Beberapa hari lalu saya mendapat kiriman email dari seseorang yang tidak dikenali yang meminta saya melayangkan bingkisannya,katanya semoga si dia membaca...
Assalamualaikum,
Hari ini baru saya berjumpa setelah sekian lama mencari,pencarian saya bermula apabila saya mendapat tahu awak mencari saya. Dan saya terus mencari siapa awak walaupun saya tidak tahu apa nama awak dan alamat awak,setakat manalah kudrat saya tanpa pengetahuan apapun tentang awak...yang saya tahu awak adalah bekas isteri kepada lelaki yang pernah ada dalam hati saya...
Terlebih dahulu maaf dari saya atas apa yang pernah berlaku antara kita,saya faham penderitaan yang awak lalui selama ini,susah payah awak dan kenapa awak mencari saya..tanpa bersua muka kita mempunyai satu hubungan yang sangat rumit kerana lelaki..
Tidak pernah terlintas untuk mencuri kebahagiaan awak bersama dia,kerana saya sendiri tidak pernah bahagia bersama dia! bukan menipu atau meraih simpati tapi itulah kenyataannya. Hidup saya umpama air di tempayan saja,bila dicurah keluar saya akan bebas,tapi dia menggunakan saya untuk mencuci tapak kakinya dan masukkan kembali ke tempayan..itulah diibaratkan..
Pada awal perkenalan saya melihat dia sebagai seorang lelaki biasa yang memerlukan wanita,tidak terlintas untuk bercinta. Tapi luahan demi luahan kerna dikecewakan wanita membuatkan saya kesian padanya. Dan dia menghubungi saya saban waktu,mahu mengambil saya dari kerja setiap hari. Dan setiap kali berjumpa lagaknya seperti seorang yang sangat mengambil berat tentang saya,dan melayan saya bagai seorang bayi. Sehinggalah dia menyatakan mencintai saya,saya menolak mentah2..dan bermulalah episod menagih cinta..malam saya tidak lena kerana diganggu dengan pujuk rayu dan tangisannya,membuatkan saya serba salah...Saya katakan padanya saya sudah berpunya dan dia memujuk saya dengan pelbagai pujukan yang boleh meruntun hati..
Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menerima dia,tapi saya tidak pernah katakan saya sayang dia. Sumpah! Tidak pernah saya lafazkan kerana saya sangat ragu-ragu dengan keputusan saya..
Bermulalah juga episod saya di neraka dunia bersama dia. Kehadiran dia merubah segalanya. Dari segala segi saya diintip dan langkah saya dicurigai,saya tidak dibenarkan bekerja kerana katanya saya akan curang. Sedangkan kedatangannya ke rumah saya tidak lain cumalah untuk meminta wang. Selagi pintu rumah tidak dibuka selagi itulah dia membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain,yang membuat saya terpaksa membuka pintu,dan apabila dia masuk ke rumah saya dia cuma mencari duit. Saya pernah curi-curi keluar mencari kerja tanpa pengetahuan dia,dan bila saya pulang saya terkejut dia sedang berdiri dengan muka bengis,dan akhirnya saya dibelasah..Saya dikatakan perempuan sundal,perempuan jalang dan bermacam lagi gelaran yang sangat menyiksakan. Luka di luar dapatlah sembuh,tapi luka di hati sangat pedih...Saya katakan padanya saya pergi mencari kerja,dan dia menyiasat sehingga ke akar umbi ke mana saya telah pergi samada betul atau tidak saya pergi ke sana.
Saya terpaksa membuat kerja sambilan untuk menyara hidup saya,saya tak sanggup dibelasah dan dihina oleh dia yang bukan suami saya dan tidak pernah menyokong hidup saya. Tapi nasib tidak menyebelahi saya,suatu hari sewaktu pulang dari makan bersama housemate dia datang ke rumah,seperti biasa selepas membuat kacau dan menekan loceng beberapa kali saya membukanya,die meluru masuk dan seperti biasa akan memeriksa dompet dan handphone saya,pada waktu itu saya baru menerima mesej dari pakcik saya. Tapi disangkanya kekasih saya sedangkan mesej itu cuma bertanya khabar,saya dipukul dan dicaci,tak cukup dengan itu handphone saya juga dihancurkan,saya lansung tidak menjawab dan tidak menangis,dia terusan memaki hamun saya dengan perkataan yang sangat teruk,memukul dan mencubit leher saya dengan harapan saya malu untuk keluar rumah kerna cubitan itu akan lebam dan seakan 'lovebite'. Dia menjadi semakin berang kerana saya lansung tidak membantah dan bersuara,katanya kami putus,dan dia keluar dalam hujan lebat..
Selepas kejadian itu saya tukar nombor hp,dan dia tidak boleh hubungi saya,dan memang tekaan saya tepat,dia akan berusaha menghubungi saya kembali kerana pendapatanya adalah saya,saya punca poketnya,bagaimana dia harus tinggalkan saya..Selepas saya on nombor lama saya menerima banyak msg dari dia,penyesalan dan pujukan,kasih sayang dan cinta..dan semuanya tidak mencairkan hati saya..Dia datang ke rumah,dan saya tidak dapat mengelak kerana pintu yang sedia terbuka,dia masuk dan membelai kepala saya seperti dulu,menunjukkan penyesalannya yang lansung tidak boleh menipu saya. Tapi bukan penyesalan,sebaliknya ia hanyalah bodek mendapatkan duit...
Begitulah seterusnya sehinggalah suatu malam sedang kami berbual dia terlepas cakap,kerana excited bercerita tentang sesuatu,die terlupa die menceritakan sesuatu yang dirahsiakannya sekian lama. Katanya sewaktu die dalam penjara,dia dan isterinya begini dan begini..isterinya buat begini dan begini...dan dia nak bercerai..dan begini dan begitu...dan waktu itu saya tergamam..saya tanya pada dia 'awak dah kawen?' dan tanpa sempat dia menjawab saya mahu melarikan diri,tapi dia lagi tangkas die memegang tangan saya dan memberi penjelasan yang saya tak ingin dengar..dan katanya dia sudah bercerai..saya katakan pada dia 'saya tak kisah awak siapa,masa silam awak,dan siapa awak dimsa lepas,tapi saya tak mahu dan tak suka ada hubungan dengan suami orang' dan dia memujuk saya dan merajuk,dan saya tidak pula memujuk...
Selepas itu saya pindah rumah tanpa memberitahu dia,tapi dapat juga dihidu,dia datang ke rumah saya yang baru..pergerakan saya diintip,kerana tidak tahan saya mula bersuara,meluahkan segala yang terpendam dan nekad tidak mahukan dia,pada mulanya dia mengugut saya,tapi akhirnya dia akur apabila saya katakan saya dah jumpa seseorang dan akan berkahwin...
Tidak lama kemudian ex-housemate saya menelefon saya memberitahu awak mencari saya. Katanya pada waktu itu awak mengandung dan merayu untuk berjumpa saya. Saya cuba mencari awak tapi saya tak tahu bagaimana...
Awak,maafkan saya. Saya tahu kesilapan saya. Salah saya,tapi demi Allah tidak pernah terniat untuk saya menganggu rumahtangga wanita lain,kalaulah saya tahu dia suami awak sudah tentu saya menjauhinya dari awal. Dan untuk pengetahuan awak kali terakhir saya jumpa dia bulan 2 2010 katanya awak akan bercerai untuk kesekian kalinya...
Terima kasih kerana sudi membaca bicara ini,semoga awak bahagia dengan kehidupan awak sekarang..Itu doa saya..
Assalamualaikum..